KERJAYA SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP
Tugas sebagai Arkitek Landskap
Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.
Perancangan Pelan Induk
Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersama-sama dengan ahli-ahli alam bina yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambil kira perancangan keseluruhan pembangunan.
Kajian Pelan Tempatan dan Struktur
Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.
Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA)
Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.
Projek-Projek Landskap Spesifik
Perumahan / Kondominium
Pejabat / Perindustrian / Kompleks
Perdagangan
Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
Kawasan tinggalan sejarah
Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
Kawasan peranginan / pelancongan
Padang Golf / Kelab Golf
Posted by
Mr.GreenShade
1 comments:
i zila sje masuk nak cri input for my presentation,,,what ever i like PERUBAHAN..dada.........
Post a Comment