Arkited Landskap
Bidang baru makin berkembang, tarik minat anak tempatan.
JIKA berkunjung ke mana-mana destinasi sama ada bangunan pencakar langit mahupun kawasan yang pesat membangun seperti Putrajaya, pastinya mata selalunya terpaku pada rekaan landskapnya yang menggambarkan konsep serta aspirasi pencetus kewujudannya dengan seboleh mungkin cuba menterjemahkan ciri-ciri yang mahu diserlahkan. Contohnya, jika rekaan atau idea konsep sesebuah bangunan adalah untuk menggambarkan ciri-ciri Islam, pasti landskapnya juga akan seboleh mungkin menggunakan corak atau konsep keislaman.
Malah, landskap bukan saja terhad kepada bangunan mewah pencakar langit semata-mata kerana dewasa ini ramai pemilik kediaman persendirian juga sudah mula mengambil berat kepentingan memiliki ruang luar rumah yang menarik untuk menimbulkan rasa pesona pada pandangan pertama sesiapa saja yang berkunjung ke rumah mereka. Tidak cukup dengan itu, rekaan landskap kini semakin diperluaskan kepentingannya dengan hampir semua kawasan baru sama ada perumahan, taman permainan atau jalan masuk ke sesuatu destinasi wajib dihiasi dengan landskap menarik. Justeru, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan pada ketika ini, di mana saja mesti ada landskap sekali gus menjadikan kerjaya arkitek landskap sebagai satu cabang kerja yang semakin popular dan menyediakan peluang yang cukup luas.
FAUZI menjelaskan mengenai syarikatnya kepada pelawat di pameran Matrade.Berbeza dengan satu ketika dulu iaitu sebelum 1995 di mana kerjaya itu tidak dipandang langsung di negara ini, malah tidak ada sebarang universiti yang menyediakan kursus profesional untuk kemahiran itu selain Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sekadar menyediakan kursus peringkat diploma. Ia sekali gus menyebabkan kebanyakan pemilik sesebuah syarikat yang mahu membangunkan bangunan baru terpaksa mengimport kemahiran dari luar negara yang kebanyakannya sudah beratus tahun memberi tumpuan terhadap kerjaya ini. Jika adapun rakyat Malaysia yang mahir ialah mereka yang mengambil inisiatif sendiri belajar di luar negara semata-mata untuk menjadi seorang arkitek landskap profesional, namun peluang kerja pada ketika itu masih amat terhad selain wujudnya persaingan sengit dengan arkitek luar negara.
Namun, segala-galanya berubah apabila pada 1995, Jabatan Landskap Negara ditubuhkan bagi memberi penumpuan terhadap mewujudkan lebih ramai profesional dalam bidang itu selain mengetengahkan kepentingan landskap dalam sesebuah projek pembangunan. Bekas Presiden kedua Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Fauzi Abu Bakar, yang menjadi antara orang penting dalam melonjakkan industri itu di negara ini, berkata kewujudan Jabatan Landskap Negara membolehkan kerjaya sebagai arkitek landskap menjadi satu bidang yang mendapat perhatian di negara ini, setaraf bidang kejuruteraan lain. “Dengan kewujudan jabatan itu, beberapa universiti mula serius menubuhkan Fakulti Alam Bina dengan menyediakan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang arkitek landskap, bukan setakat pada peringkat diploma tetapi kini sudah diperluaskan ke peringkat ijazah kedoktoran seperti yang ada di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). “Malah, selepas 2000, beberapa universiti lain seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) turut mengambil langkah utama mewujudkan fakulti itu.
“Ia sekali gus mewujudkan ramai arkitek tempatan dan membuka peluang kepada agensi kerajaan atau swasta menggunakan tenaga tempatan berbanding sebelum ini di mana arkitek dari Jepun dan Amerika Syarikat lebih popular sebagai pilihan mereka,” katanya. Katanya, dulu, banyak syarikat atau pemilik rumah persendirian melepaskan tanggungjawab merekabentuk kawasan taman atau luar bangunan kepada tukang kebun yang pastinya tidak mampu memberikan impak hasil yang profesional. Mungkin ramai yang tidak sedar atau tak tahu bahawa peluang kerjaya selepas menamatkan pengajian dalam bidang rekaan landskap lebih terbuka luas, malah mungkin ramai juga yang memandang rendah bidang itu kerana kefahaman mereka terhad kepada aktiviti menghias taman.
Tanyalah kepada sesiapa saja sama ada ketika di peringkat sekolah rendah atau menengah, berapa ramai yang mahu bekerja sebagai arkitek landskap ketika dewasa kelak, malah perkataan itu sendiri mungkin asing bagi mereka. Namun, realitinya, bidang arkitek landskap sangat luas kerana sebenarnya mereka perlu menguasai pelbagai bidang lain sama ada kejuruteraan awam atau rekaan dalaman. Proses kerja memerlukan mereka mengambil tahu, malah lebih lagi sehingga mahir dalam bidang lain kerana untuk mewujudkan sebuah rekaan landskap yang tepat serta menarik, perlu ada kesinambungan dengan semua aspek kejuruteraan yang lain.
Fauzi berkata, jika pelanggan mahukan sesuatu konsep khusus dalam pembinaan bangunan mereka, arkitek landskap perlu memastikan ia ada kaitan dan menepati apa yang dirancang oleh arkitek bangunan supaya semua idea, rekaan dan sistem bangunan itu tepat dan tidak bersifat ‘rojak’ serta mempunyai hubung kait antara satu sama lain. “Malah, apabila arkitek landskap perlu tahu semua itu menyebabkan ramai di kalangan graduan jurusan itu akhirnya tidak bekerja sebagai arkitek landskap dan memilih untuk menjadi perancang bandar, arkitek, pelukis pelan dan banyak lagi,” katanya.
Mengenai bayaran yang mereka terima, Fauzi berkata, jika dikira secara logik, kerjaya itu mampu memberi pulangan yang sangat lumayan kerana sesebuah projek biasanya memperuntukkan antara lapan hingga 10 peratus daripada kos pembinaan landskap kepada arkiteknya. “Bayangkan, jika ada satu projek besar yang bernilai RM100 juta, arkiteknya mampu memperoleh bayaran sehingga RM10 juta. Paling sikit pun dia akan dapat dua peratus, RM2 juta.
Namun, beberapa kelemahan dalam sistem projek pembinaan di negara ini menyebabkan tak ramai arkitek landskap yang boleh bertahan. “Kaedah pembayaran untuk projek landskap dikira secara fasa. Ada sehingga lebih lima fasa dan selalunya, banyak projek yang pembayarannya tertangguh sehingga lebih 10 tahun. Itu yang membebankan. “Syarikat saya sendiri pernah berdepan masalah kerana terpaksa menunggu sehingga 12 tahun untuk mendapatkan bayaran akhir atas projek landskap di salah sebuah pusat beli-belah terkenal di Bangsar. Ia merumitkan,” katanya yang memiliki dua syarikat arkitek landskap iaitu In-Site Design Sdn Bhd dan Arkilandskap Sdn Bhd. Katanya, kebiasaannya, arkitek landskap akan mengemukakan lakaran konsep dan pada peringkat itu, syarikat atau arkitek itu layak menerima bayaran sebanyak 10 peratus tetapi ada juga projek yang hanya memulakan bayaran selepas melepasi fasa kedua iaitu lakaran konsep rajah. Namun, selalunya pada peringkat lakaran konsep rajah, berlaku banyak perubahan dan pelanggan mahukan ia dibuat semula sehingga kadangkala memakan masa bertahun-tahun untuk masuk ke peringkat ketiga.
Menambahkan masalah ialah apabila kebanyakan agensi atau syarikat swasta di negara ini tidak mempunyai idea mereka sendiri dan menyerahkan kepada arkitek sepenuhnya untuk mencipta rekaan mengikut idea arkitek itu sendiri. Namun, jika tidak berpuas hati, rekaan itu perlu ditukar semula. “Berbeza dengan kebanyakan negara di barat, mereka biasanya sudah mempunyai idea mereka sendiri dan menjelaskan kepada arkitek mengenai apa yang mereka mahukan. Ia lebih mudah dan lebih elok lagi ialah mereka tak pernah lewat dalam membuat bayaran,” katanya. Beliau berkata, kerjaya sebagai arkitek landskap kadangkala memberi tekanan kerana mereka adalah antara unit terawal yang perlu mengemukakan lakaran tetapi menjadi pasukan terakhir memulakan pembinaan, iaitu dalam tempoh empat hingga enam bulan sebelum bangunan siap dibina. Namun, beliau yakin dengan permintaan yang semakin meningkat dalam mewujudkan landskap terbaik membuka lebih banyak peluang untuk arkitek landskap kekal bersaing dalam industri kejuruteraan awam di negara ini.

In-site Design bukti kemampuan bina projek mega
FAUZI memberi penerangan mengenai lakaran projek kepada arkiteknya.IN-SITE Design adalah salah satu contoh syarikat arkitek landskap milik Bumiputera sepenuhnya yang berjaya dalam industri rekaan landskap serta sudah banyak menerima kepercayaan pelbagai agensi sama ada dari dalam negara atau luar negara untuk pelbagai projek berstatus mega.
Antara projek besar dalam negara yang berjaya dibida dan disiapkan dengan jayanya oleh arkitek dari syarikat itu ialah landskap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang membabitkan 32 arkitek landskap termasuk dari luar negara. Selain KLIA, lakaran dan pelan landskap di salah satu pasar raya terbesar di Bangsar, Mid Valley, turut menerima sentuhan arkitek dari syarikat itu dan berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 12 tahun. Projek di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI); Mas Butik, Langkawi; Proton City; Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kampus Universiti Malaysia Pahang adalah antara beberapa lagi projek dalam negara yang menerima sentuhan sepenuhnya arkitek tempatan.
Menguatkan lagi profil syarikat itu dalam bidang arkitek landskap ialah beberapa projek mega luar negara termasuk Bandar Tajurah, Tripoli, Libya yang membabitkan rekaan landskap untuk kawasan seluas 864 hektar yang menempatkan 12,000 unit rumah. Arkitek In-Site Design juga berperanan mereka cipta sistem untuk sistem kitaran air kumbahan untuk digunakan bagi tujuan membekalkan air kepada taman landskap yang dibina lantaran kawasan itu menghadapi masalah pengairan.CONTOH lakaran konsep berajah yang perlu dikemukakan arkitek landskap.Satu lagi kawasan di Libya iaitu bandar Benghazi turut dilakar konsep landskapnya oleh syarikat itu membabitkan kawasan seluas 1,200 hektar yang merangkumi projek bandar bersepadu. Landskap di Parand, satu daerah di luar Tehran, Iran dikenali sebagai Hashgert juga diilhamkan oleh arkitek syarikat berkenaan membabitkan kawasan seluas 800 hektar. Negara lain yang memberi kepercayaan kepada syarikat itu ialah Mongolia dan Dubai dengan turut membabitkan projek berstatus mega.
Menceritakan proses kejayaan syarikat itu, pemiliknya Fauzi Abu Bakar, berkata semuanya bermula apabila mereka menyertai pameran yang dianjurkan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), sekali gus menemukan mereka dengan pelbagai syarikat atau agensi dari luar negara yang akhirnya berminat untuk menjalin kerjasama dan meneruskan perbincangan secara serius dengan syarikat itu. “Bermula dari pameran itu, ada banyak syarikat pemaju luar negara akan menghubungi kami sekiranya ada tawaran memajukan sesuatu kawasan dan dengan bantuan mereka, kami akan mengemukakan tender. “Proses itu biasanya akan mengambil masa yang lama tetapi berbaloi kerana kebanyakan projek luar negara memberi pulangan yang lumayan dan bayarannya lebih mudah dan cepat berbanding pemaju dalam negara. “Lebih mudah lagi ialah kerana pemaju atau pemilik sesuatu projek pembangunan sudah mempunyai idea atau konsepnya sendiri dan kami hanya merealisasikan menerusi lakaran untuk dimajukan,” katanya.

0 comments:
Post a Comment